 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
faiz's FotoPage
By: faiz hashim
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 7-Jun-2008 15:08 |
Email | Share | Bookmark |
|
Minyak punya cerita
|
|
| Quote: |
....Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet selama empat jam itu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol dinaikkan 78 sen seliter kepada RM2.70 dan diesel RM1 seliter kepada RM2.58 sen mulai hari ini.
Penetapan harga itu dibuat selepas diskaun 30 sen setiap liter daripada harga pasaran RM3 seliter berdasarkan harga semasa minyak mentah dunia dan ia akan dikaji semula setiap bulan.
Bagaimanapun, harga gas masak atau gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli bagi kenderaan (NGV) masing-masing kekal pada RM1.75 sekilogram dan 63.5 sen seliter.....
........Menjelaskan rasional penstrukturan semula subsidi itu, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, ia akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan.
"Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, sudah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil," katanya.
Abdullah berkata, struktur baru subsidi itu adalah pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi negara berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengamalkan cara hidup yang mengutamakan penjimatan dan mengurangkan pembaziran bagi mengelakkan situasi buruk yang mungkin dihadapi......
Berita Harian Sabtu, 07 Jun 2008 | 2 Jamadilakhir 1429 |
dgr je cita minyak naik... no 1 skali fikir pasal keta & duit arr.. hahaha... nk xnk kna jgak guna.. btambahla kos nnti..
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|